aku bukan memilih

Tuesday, October 11, 2011
The Truth is...
aku x penah pun memlilih..org suma ckp aku memilih. Kenapa kau x kawin lagi? laki mcmana yang hg mau? Tgk tu....spupu hg smua dah kawin..sebaya hg ngan bawah hg pun dah kawin..hg tu mcm tu jgk. Depa suma dah beranak pinak dah. Umo dah brapa dah?..soalan tu slalu membingitkan tlinga aku..Kalo p kenuri pun sama la..kawan2 mak mst tnya..kawin dak lagi? aku pun jwb..x lagi..la...anak si polan tu dah kawin.anak anu tu dah ada anak besaq dah..eeeee..depa ni..depa x ni x tau ka..dah x da jodoh nak kawin cmna...

aku x tau la org lain ada x situasi mcm aku..Kau memilih ek?..aduhh..sabo ja la..Kat sini ada bbrapa sebab knapa aku n pmpuan lain tak kawin lagi lps aku survey ada stgh tu mmg kena n jadk kat aku..ada stgh aku google...hehe

1) Gaji lebih- gaji banyak sangat..laki pun takut nak dkt.
2) Ada boipren, tp boipren x da det lagi nak dtg meminang. Budget lari
3) Ada Boipren- Tp mak x suka..family x restu
4) Ada Boipren, tp kita jgk yang kna support boipren apa kes??
5) Pmpuan x cantik. laki x mo klo nak cari bini kna cari yang cun.baru sedap mata  
   memandang.
6) Bukan takat gaji ja,,ada keta besar, umah besar, badan besar......kan..
7) Dl penah putus cinta doh..nnt sakit ati aku jgk yang teruk...melalak sing malam
8) Ada boipren pun nt na kongkong je...x nak ahhh
9) Bkn tanak kawin..nak tumpu kat karier dulu.nak kumpul dut n cari harta dl..
10) Bkn tanak kawin..saingan sengit....
11) Susah nak cari laki yag betul2 available n single..yang ngaku single tp anak besusun ramai 
     ada arr
12) X datang seru lagi...
13) Mungkin betul la..ko memilih sgt..
14) Belum bersedia la...nnt na..

Engkau yang mana satu? Makcik timah..ni aku dah jawab dah ni..baca na..

Hai hai!

Friday, February 11, 2011

Ini contoh live blogging.

Lirik Puaskah – Wali Band

Monday, October 18, 2010

 

Puaskah kau lukai ku
Puaskah kau sakiti ku
Puaskah khianati ku
Puaskah oh sayangku
Di manakah nuranimu
Di mana akal sehatmu
Sekarang kau campakkan ku
Setelah kau dapatkan ku

Chorus
Mungkin hanya bila ku mati
Kau ‘kan berhenti ‘tuk menyakiti
Sampai kapan aku begini
Terus begini
Terus engkau lukai

Ingatlah saat yang lalu
Saat kau peluk diriku
Tapi kini semua lalu
Kau tegar khianatiku
Ulang Chorus 2X

Makan dalam btl ayat dia. syok la
Friday, October 15, 2010
Sahabat…..

Adakah sahabat tu kawan masa kita senang saja? Ataupun apa?
Bagi aku, Sahabat tu besar maknanya. Memang susah nak cari tapi memang wujud. Yang boleh aku panggil sahabat mungkin ada sorang dua. Macam mana dengan yang lain? Aku hanya boleh panggil mereka rakan sekolej, rakan sekerja ataupun rakan suka ria dan tak lebih dari itu. Ada juga yg kawan makan kawan. Yang ini paling banyak walaupun di sekeliling sendiri. Nak tau ciri-ciri KAWAN MAKAN KAWAN?
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
 Dan seterusnya- Hasut…………….
  • Hasutan.Mereka ini terlalu taksub menghasut orang lain untuk membenci kita walaupun kita tidak berbuat apa-apa
  • Tikam Belakang kawan baik sendiri. Pergh. NI SAKIT SANGAT. Anda pernah rasa? Aku pernah. BARU JE...tadi..
*Aku tidak ada jalan penyelesaian bagi permasalahan ni. cuma banyakkan sabar dan berkawan lah dengan mereka kalau anda mampu, dan berhati-hati lah dalam berkawan.Ini hanya pandangan aku, kalau kawan anda bukan dikategorikan seperti di atas, saya ucapkan tahniah!*


Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. 
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

    Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.